Buat kita .... manusia.. :)
Sebenarnya tidak sukar utk dptkn ketenangan. Ada kaedah yg praktikal blh diamalkan. Insyaallah cara ini akan membantu utk menjadi seorang muslim yg yakin, tenang dan seterusnya membina keterampilan yg baik...
- Mulakan sesuatu dengan perlahan-lahan. Apabila ingin ke mana-mana lebih baik mulakan 10 minit lebih awal.
- Lakukan aktiviti berkebun. sesetengah pengamal percaya bahawa pohon-pohon dapat mengurangkan kekuatan jiwa dan merupakan satu langkah untuk mencapai kegembiraan.
- Beri diri sendiri masa bertenang. Kita tidak boleh gembirakan semua orang. Jangan terlalul kesal jika terbuat silap kerana belajar dari kesilapan akan menjadikan anda lbh sempurna.
- "Time out". Ambil masa 5 minit berehat dalam setiap jam bekerja. Ini akan dpt membantu meningkatkan produktiviti.
- Haiwan peliharaan. Kucing, arnab atau ikan dpt memainkan peranan sebagai pelega tekanan.
- Manfaatkan masa cuti. Sepanjang cuti, dapatkan rehat dan tidur yg secukupnya.
- Cari hobi. Lakukan sesuatu yg disukai. Cara ini dpt meningkatkan keyakinan diri dgn mencari kegembiraan melalui hobi.
- Buat senarai. Buat senarai yg perlu dilakukan setiap hari jika anda jenis yg pelupa jika mahu diri lebih terurus. Beri keutamaan pada matlamat yg penting.
- Membaca. Membaca buku yg baik dpt memindahkan kebimbangan. Ia adalah merupakan aktiviti yg senyap dan boleh menyelamatkan diri seketika dari kebisingan.
- Bermain. Apabila tertekan ambil masa rehat dan kembali ke zaman kanak-kanak. Ambil krayon dan lukis sesuatu..
- Minta bantuan. Jika rasa terlalu terbeban, dapatkan bantuan.
- Buat kebajikan. Membuat perkara baik pada orang lain seperti sedekah pd orang yg memerlukan, mengambil berat rakan yg sakit dipercayai boleh memberikan rasa positif dan menjalinkan silaturrahim dgn org lain.
- Jgn abaikan perasaan negatif yg ada dlm diri. Jika ada rasa cemburu, marah atau hambar itu tandanya anda perlu lakukan sesuatu.tarik nafas panjang dan cari jln utk atasi rasa tersebut.
- Senyuman. Pakar rawatan dalaman kata, jika kita berpura-pura gembira dgn memaksa diri senyum atau ketawa badan akan memberikan reaksi dengan mengeluarkan hormon stress.
- Hargai diri sendiri atas sesuatu pencapaian.
senaman regangan. - Senaman dapat membantu mengurangkan tekanan.
- Baca Al-Quran. Ayat Al-Quran adalah penawar.
- Zikir.
- Solat.
- Berdoa. Ini janji Allah. Apabila kita mohon pada Dia dengan sendirinya kita akan sedar kita tidak sendirian.
Take care!
Mwahs,
Dian








0 comments:
Post a Comment